Lagu tamil Reena Nicky.
Cubaan berani demi kelangsungan karier
ALBUM pertama Reena Nicky, Magika pada Mei tahun lepas menerima sambutan yang ‘biasa-biasa’ sahaja, tetapi dia kekal dalam semangat kental. Langkah terbaharu Reena wajar dipuji apabila muncul dengan single Ewah! yang sekali gus membuktikan sifat mengalah tidak pernah ada dalam diri si cantik ini.
Pelantun lagu Gadis Kelate ini membuat percaturan berani apabila single terbaharunya itu bukanlah sebuah lagu biasa tetapi dalam bahasa Tamil.
Jika Magika tahun lepas adalah album pengenalan dengan para peminat, single Ewah! pula adalah untuk meneruskan langkahnya sebagai penyanyi sekali gus mencabar kemampuan diri untuk lebih serius menjadi penghibur.
Reena berkolaborasi dengan komposer lagu-lagu Tamil, Matilda Radge dan Boy Radge untuk menghasilkan lirik Ewah.
“Saya bukan sekadar mahu memberikan kejutan kepada penggemar muzik khususnya peminat, sebaliknya mencabar diri sendiri. Sekurang-kurangnya saya mampu melakukan ini, menyanyi dan merakamkan lagu dalam bahasa Tamil,” kata Reena yang mengakui pada awal merasakan lidahnya terbelit-belit untuk menyebut patah-patah lirik dalam bahasa Tamil.

Bagaimanapun, Reena mencabar diri sendiri untuk memperbaiki sebutan dalam bahasa Tamil sebelum masuk studio rakaman, kira-kira sebulan yang lalu.
Hasilnya, dia kini berdebar menunggu reaksi orang ramai. Dalam masa yang sama, sudah tentu dia menaruh harapan Ewah! diterima peminat dan pendengar.
Sebagai penyanyi yang masih hijau, Reena percaya dia perlu berusaha dengan melakukan penambahbaikan apabila muncul dengan karya baharu.
Justeru, bersama pengurusnya, RN Suresh, mereka membuat percaturan dengan mempertaruhkan Ewah! ke pasaran.
“Ewah! adalah sebuah single daripada saya untuk terus relevan dalam industri selain daripada melebarkan lagi langkah sebagai penyanyi.
“Memang ini satu cubaan juga untuk melihat sejauh mana respons daripada peminat, para wartawan hiburan dan industri hiburan secara keseluruhan.
“Sekiranya Ewah! diterima, saya akan merasa amat bersyukur. Jika sebaliknya, sekurang-kurangnya saya sudahpun lakukan yang terbaik dan selebihnya, saya serahkan kepada Allah,” ujarnya.
Kata Reena, bukan mudah untuk merakamkan lagu tersebut kerana sebutan dan diksi ketika menyebut lirik dalam bahasa Tamil perlu tepat. Jika tidak, ia boleh membawa maksud berlainan.
Bagaimanapun, atas tunjuk ajar dan bimbingan Matilda Radge selaku komposer dan penerbit, Ewah! berentak pop etnik sempurna dirakamkan.
Single terbaharu itu sedia untuk dilancarkan di bawah label Impian NS awal Mac ini dan akan ada susulan sebuah lagi lagu Tamil untuk pasaran luar negara.
Article Dari: Utusan Online
0 comments:
Post a Comment